Nama sebenar ialah Burrhus Federic Skinner. Dilahirkan pada 20 Mac 1904 dan meninggal dunia pada 18 August 1990. B.F.Skinner di gambarkan oleh rakan sepermainan beliau ketika kecil di Pennsylvania seorang yang peramah. Sebagai seorang kanak-kanak, beliau menyukai mencipta sesuatu dan akhirnya kemahiran yang ada digunakan dalam experimen psikologi beliau sendiri. Beliau menerima Ijazah Kesusasteraan Bahasa Inggeris pada tahun 1926 dari Kolej Hamilton dan meluangkan masa menjadi penulis sebelum beliau menjumpai hasil penulisan Watson dan Pavlov. Beliau mendapat inspirasi dari penulisan dua tokoh ini dan membuat keputusan untuk melepaskan kariernya sebagai penulis novel dan mengamabil ijazah kedoktoran(Ph.D) dalam bidang psikologi di Universiti Harvard. Menerbitkan buku berjudul Behavior of Organism yang mengandungi huraian-huraian prinsip-prinsip utama pelaziman operan berdasarkan kajian-kajian beliau yang telah dijalankan pada tahun 1930-an.
Skinner bersama isteri dan anak mereka, Debbie |
Pada tahun 1945, beliau berpindah ke Bloomigton, Indiana dan memasuki Jabatan Psikologi di Universiti Indiana. Tiga tahun berikutnya, iaitu pada tahun 1948 beliau mendapat tempat di Jabatan Psikologi di Universiti Harvard dan kekal di sana sehingga nafas yang terakhir. Beliau menjadi salah seorang ketua behavioris dan menjalankan kajian ke atas tikus dengan menggunakan Kotak Skinner. Skinner telah mengandaikan bahawa segala konsep berkaitan dengan tingkahlaku tikus boleh diaplikasikan ke atas manusia. Malah beliau pernah membesarkan anaknya, Debbie di dalam kotak Skinner. Skinner telah mengandaikan bahawa segala konsep berkaitan dengan tingkahlaku tikus boleh diaplikasikan ke atas manusia.
Anugerah yang telah diperoleh sepanjang karier beliau ialah National Medal of Science from President Lyndon B. Johnson (1968) , Gold Medal of the American Psychological Foaudation (1971), Human of the Year Award (1972) dan Citation for Outstanding Lifetime Contribution to Psychology. TEORI PELAZIMAN OPERAN SKINNER
Skinner pernah mengkaji teori-teori behaviorisme yang dinyatakan oleh ahli-ahli psikologi yang lain. Mereka menekankan bahawa setiap gerakbalas adalah dihasilkan daripada sesuatu rangsangan yang diketahui. Ahli-ahli ini berpendapat bahawa tingkah laku manusia adalah pasif dalam kata lain, individu tidak dapat mengawal tingkahlakunya.
Sebaliknya dari pemerhatian Skinner, tingkahlaku yang terhasil tidak mengikut urutan kemunculan tingkahlaku selepas rangsangan, sama ada terlazim atau tak terlazim, tetapi ianya berlaku kerana kesan daripada rangsangan yang berkenaan. Kesimpulannya, Skinner berpendapat manusia dapat mengawal tingkah laku dirinya. Bagi membuktikan hipotesisnya,Skinner telah mereka bentuk sebuah kotak yang dikenali dengan Kotak Skinner. Tingkah laku tikus di dalam kotak tersebut boleh dikawal dan gerakbalasnya boleh diperhatikan dan direkodkan.
Kotak Skinner |
Skinner telah menjalankan tiga eksperimen bagi membuktikan hipotesis beliau.
- Eksperimen pertama
- Seekor tikus yang lapar diletakkan ke dalam Kotak Skinner . Di dalam kotak tersebut, terdapat sebuah mangkuk disambungkan kepada alat penekan. Apabila alat penekan itu dipijak, biji makanan akan disalurkan ke dalam mangkuk tersebut. Di dinding bahagian atas pula dipasang sebiji lampu untuk digunakan kajian selanjutnya.
- Tikus yang lapar kelihatan berlari-lari secara mundar-mandir di dalam Kotak Skinner untuk mencari makanan.
- Apabila ia terpijak alat penekan, makanan disalurkan ke dalam mangkuk.
- Tindakan yang berulang kali telah membawa kesedaran kepada tikus tersebut untuk memperolehi makanan. Dan apabila tikus itu dikeluarkan dari Kotak Skinner kemudian di masukkan kembali ke dalam Kotak Skinner, ia terus memijak alat penekan tersebut.
Pada peringkat ini, tikus tersebut telah belajar cara memperolehi makanan dengan memijak alat penekan tersebut,. Cara pembelajaran ini dikenali oleh Skinner sebagai pembelajaran melalui pelaziman operan.
- Eksperimen kedua
- Skinner memutuskan hubungan mangkuk dengan alat penekan. Jadi, apabila tikus memijak alat penekan dalam Kotak Skinner, makanan tidak dapat disalurkan ke dalam mangkuk.
- Tikus mula berulang kali bertindak seperti dalam eksperimen pertama, tetapi akhirnya berhenti memijak alat penekan tersebut apabila mendapati makanan tidak akan dikeluarkan lagi.
Fenomena ini dihuraikan oleh Skinner sebagai proses penghapusan, iaitu makanan (ganjaran) tidak lagi dikeluarkan, tikus pun berhenti memijak alat penekan tersebut (gerak balas). Bagaimanapun, fenomena ini didapati berlaku dalam kajian pelaziman klasik.
- Eksperimen ketiga
- Skinner menyambung hubungan lampu dengan alat penekan, di mana apabila tikus memijak alat penekan, lampu akan menyala dan makanan dikeluarkan secara serentak.
- Jika lampu tidak menyala, makanan juga tidak akan keluar.
- Proses ini diulang-ulang hingga kelihatan tikus hanya memijak alat penekan apabila lampu menyala sahaja.
Skinner menghuraikan fenomena ini sebagai pembelajaran diskriminasi, iaitu tikus telah belajar konsep diskriminasi dengan membezakan masa yang sesuai untuk memijak alat penekan untuk memperolehi makanan. Fenomena ini juga didapati berlaku dalam kajian pelaziman klasik.
Terdapat lima jenis proses dalam teori pelaziman operan Skinner iaitu peneguhan positif, peneguhan negatif, dendaan, prinsip Premack dan pelupusan.
a) Peneguhan Positif
Peneguhan positif ialah memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan itu ditunjukkan yang menyebabkan perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan lagi. Peneguhan ini adalah sebagai salah satu bentuk motivasi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Peneguhan yang positif yang diberikan oleh guru dapat mendorong pelajar menghasilkan kerja yang bermutu tinggi.
Tingkah laku | Kesan/akibat | Tingkah laku masa hadapan |
Pelajar mengemukakan soalan yang baik | Guru memberikan pujian kepada pelajar | Pelajar mengemukan lebih banyak soalan yang baik. |
Menurut Brophy (1981), cirri-ciri pujian (peneguhan positif) yang memberi kesan ialah:-
a) Memuji secara ikhlas
b) Memuji dengan cepat
c) Memuji tanpa pilih kasih
d) Memuji usaha dan cuba jaya
e) Memuji tingkah laku yang spesifik
f) Memuji jawapan atau respon yang spontan
b) Peneguhan negatif
Peneguhan negative adalah rangsangan serta merta yang tidak selesa atau menyakitkan yang diberikan selepas sesuatu tingkah laku ditunjukkan.
Tingkah laku | Kesan/akibat | Tingkah laku masa hadapan |
Pelajar tidak menyiapkan tugasan tepat pada waktunya. | Guru berleter kepada pelajar. | Pelajar akan menyiapkan tugasan yang seterusnya tepat pada waktunya. |
Rajah di atas menunjukkan peneguhan yang boleh digunakan untuk membentuk tingkah laku yang diingini. Jadual di atas meliputi peneguhan berterusan, peneguhan berkala tetap, peneguhan berkala berubah, peneguhan berkala nisbah tetap dan peneguhan berkala nisbah berubah.
Peneguhan | Maksud | Contoh | Bentuk Gerak Balas | Tindakan apabila peneguhan diberhentikan |
Peneguhan berterusan | Peneguhan diberi selepas setiap gerak balas. | Menonton televisyen. | Cepat memberi kesan. | Kurang ketekunan dan kehilangan tindak balas dengan cepat. |
Peneguhan berkala tetap | Peneguhan diberi selepas satu jangka masa yang ditetapkan. | Kuiz mingguan | Tahap gerak balas meningkat apabila diberi peneguhan tetapi menurun selepas peneguhan diberikan. | Menunjukkan sedikit ketekunan dan penurunan pada kadar yang pantas dalam gerak balas apabila masa peneguhan berlalu. |
Peneguhan berkala berubah | Peneguhan selepas jangka masa berubah-ubah. | Pop kuiz | Pelajar akan lambat member gerak balas, berhenti seketika selepas peneguhan. | Ketekunan masih tinggi dan kadar penurunan gerak balas yang perlahan. |
Peneguhan berkala nisbah tetap | Peneguhan selepas bilangan set gerak balas yang telah ditetapkan | Kerja yang dibayar mengikut kadar | Cepat member gerak balas: berhenti seketika selepas peneguhan | Tiada nilai peneguhan di mana peneguhan hilang nilanya bila kerap diberikan peneguhan yang sama. |
Peneguhan berkala nisbah berubah | Peneguhan selepas beberapa bilangan gerakbalas yang berubah-ubah | Mesin yang mengeluarkan tiket dengan memasukkan wang ke dalamnya. | Gerak balas yang sangat tinggi dan masih menunjukkan gerak balas walaupun peneguhan tidak diberikan. | Kekal tinggi. |
Jadual Peneguhan Skinner
c) Dendaan
Adalah satu proses atau cara untuk mengurangkan atau melemahkan tingkah laku yang tidak diingini agar tidak berulang. Cara ini membawa kesan negatif yang membawa kepada pengurangan dalam kekerapan berlakunya tingkah laku tersebut.
Tingkah laku | Kesan/akibat | Tingkah laku masa hadapan |
Pelajar membuat kotok dalam kelas. | Guru member amaran kepada pelajar. | Pelajar tidak lagi membuat kotor di dalam kelas. |
Dendaan dibahagi kepada dua:-
Dendaan persembahan | Dendaan Penyingkiran |
Disebabkan oleh sesuatu rangsangan yang menyebabkan perubahan tingkah laku diri pelajar tetapi tidak melibatkan fizikal. Ia menakutkan pelajar. Contoh:- Pelajar tidak suka membaca buku, kemudian guru mengadakan sistem demerit agar pelajar membaca buku. | Berkaitan dengan penyingkiran rangsangan. Guru atau ibu bapa tidak member kemudahan apabila pelajar tidak berkelakuan betul. Contoh:- Pelajar mendapat markah rendah dalam ujian, ibu bapa mengenakan denda agar pelajar tidak boleh keluar rumah untuk bermain sehingga mendapat markah yang baik. |
d) Prinsip Premack
Konsep utama prinsip ini ialah mengaitkan aktiviti yang kurang diminati kepada aktiviti yang lebih diminati untuk mengekalkan tingkah laku terhadap aktiviti yang kurang diminati. Prinsip Premack dikenali sebagai ‘Grandma’s Rule’ yang berasaskan kenyataan ‘ kamu boleh bermain selepas selesai memakan sayur-sayuran ini.’ Sebagai guru, kita boleh menggunakan kaedah ini dengan menyelang selikan aktiviti yang menarik dengan yang kurang menarik untuk meningkatkan kadar pembelajaran murid.
e) Pelupusan
Bermaksud perlakuan yang tidak diberi peneguhan akan lupus dengan sendirinya. Keadaan ini dapat diatasi jika:-
- Peneguhan untuk sesuatu perlakuan itu dikenal pasti.
- Peneguhan itu tidak lagi digunakan
- Guru bersabar dalam menghadapi proses pelupusan, kerana hasilnya tidak datang dengan serta merta.
IMPLIKASI TEORI PENGAJARAN TERHADAP PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN.
- 1. Untuk mengukuhkan sesuatu kemahiran atau teknik yang baru dipelajari hendaklah memberikan peneguhan secara berterusan dan diikuti secara berkala.
- 2. Berbanding peneguhan negatif yang membawa kesakitan, penggunaan peneguhan positif yang membawa keseronokan adalah lebih berkesan.
- 3. Prinsip penghapusan melalui proses pelaziman operan adalah lebih sesuai digunakan untuk memodifikasikan tingkah laku murid yang tidak diingini, misalnya menghentikan peneguhan yang diberikan dahulu, sama ada peneguhan positif atau peneguhan negatif.
- 4. Konsep diskriminasi melalui proses pelaziman operan membantu murid untuk memperolehi ilmu serta kemahiran dengan tepat.
- 5. Prinsip Jadual Peneguhan Skinner dapat digunakan untuk merancang serta melaksanakan peneguhan berterusan dan peneguhan berkala yang berpatutan agar menjamin tingkah laku operan dapat dikekalkan.
- 6. Ganjaran hendaklah sesuai dengan usia murid.
- 7. Guru harus berhati-hati dalam memberi peneguhan negatif kerana murid akan menganggapnya sebagai hukuman
ANALISIS TEORI MENGGUNAKAN TEKNIK S.W.O.T
Kekuatan (Strength) | · Untuk mencapai kejayaan, yang paling penting dalam pelaziman operan ialah konsep dskriminasi . · Untuk meningkatkan keebarangkalian gerak balas murid, peneguhan positif merupakan rangsangan yang penting. |
Kelemahan (Weakness) | · Peneguhan negatif akan menghasilkan tingkah laku yang diingini, tetapi ia membawa kesan yang tidak menyeronokkan. |
Peluang (Opportunity) | · Pembelajaran berlaku melalui pelaziman operan diri sendiri. · Konsep diskriminasi boleh dikuasai oleh manusia melalui proses pelaziman operan. |
Ancaman (Threat ) | · Jika peneguhan tidak diberikan, penghapusan sesuatu tingkah laku operan yang dihasilkan akan berlaku. |