Biodata Ivan Pavlov
Gambar Ivan Pavlov
Ivan Pavlov telah dilahirkan pada tahun 1849 di Ryazan, Rusia Tengah dan meninggal dunia pada tahun 1939 di Leningrad. Beliau adalah seorang ahli fisiologi, ahli psikologi dan ahli perubatan yang berasal daripada negara Rusia. Beliau telah mendapat gelaran doktor pada tahun 1879.
Pada 1884, beliau bekerja sebagai profesor fisiologi di Institut of Experimental Medicien. Pada tahun 1904, beliau telah dianugerah Hadiah Nobel bagi kategori Fisiologi/ Perubatan atas eksperiment terkenal beliau. Pavlon menjalankan penyelidikan dengan anjing peliharaannya.
Dalam Eksperiment ini, beliau telah berjaya melatih anjing untuk mengeluarkan air liur apabila kedengaran bunyi yang dikeluarkan oleh metronome. Hasil eksperiment ini telah mengasaskan teori behavioris dalam bidang psikologi yang merupakan rujukan asas konsep pelaziman klasik pada masa kini. Selain itu, beliau turut adalah pelopor kepada mazhab rangsang-gerak balas.
Teori Pelaziman Klasik Pavlov
Menurut Pavlov, setiap rangsangan akan menimbulkan gearak balas.
Gerak balas bermaksud apa-apa sahaja tingkah laku yang timbul akibat sesuatu rangsangan.
Rangsangan pula ialah apa-apa sahaja bentuk tenaga yang timbul gerak balas.
Hasil daripada kajian Pavlov, beliau berpendapat bahawa pembelajaran boleh berlaku akibat perkaitan antara rangsangan dan gerak balas. Pembelajaran yang berlaku perkaitan tersebut dinamakan sebagai pelaziman dan pembelajaran yang berlaku akibat rangsangan ialah pelaziman klasik. Beberapa konsep penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran dihasilkan melalui prinsip kelaziman klasik yang dikemukakan oleh Pavlov.
Konsep tersebut ialah (a) generalisasi, (b) diskriminasi dan (c) penghapusan.
a) Generalisasi
Generalisasi bermakna rangsangan yang sama akan menghasilkan tindak balas yang sama. Sebagai contohnya, Ali menjadi risau setiap kali ujian kimia diadakan. Ali juga menjadi risau setiap kali ujian biologi akan diadakan, kerana kedua mata pelajaran tersebut mempunyai perkaitan antara satu sama lain. Jadi, kerisauan dalam sesuatu mata pelajaran (kimia) telah digeneralisasikan kepada satu mata pelajaran yang lain (biologi).
b) Diskriminasi
Diskriminasi berlaku apabila individu bertindak balas terhadap sesuatu rangsangan yang tertentu sahaja dan tidak pada rangsangan yang lain. Dalam kajian terhadap anjing, didapati anjing tersebut hanya bertindak balas apabila mendengar bunyi loceng sahaja, tetapi tidak pada bunyi lain daripada loceng.
c) Penghapusan
Penghapusan berlaku apabila rangsangan terlazim yang tidak disertai dengan rangsangan tidak terlazim. Dalam kajian Pavlov, bunyi loceng tidak disertakan rangsangan tidak terlazim (makanan). Dalam hal ini, lama-kelamaan bunyi loceng tadi tidak akan membawa rangsangan kepada anjing tersebut untuk mengeluarkan air liur. Tindak balas akhir akan terhapus dan prinsip ini dikenali sebagai penghapusan.
Proses Eksperimen Ivan Pavlov
IMPLIKASI TEORI PELAZIMAN KLASIK IVAN PAVLOV DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.
Dengan teori ini, guru perlu sedar bahawa rangsangan dan gerakbalas mempunyai kaitan yang boleh dilazimkan atau dipelajari.Kaitan antara rangsangan dengan gerakbalas dapat diperkukuhkan melalui latihan. Semakin kerap rangsangan itu dikaitkan dengan sesuatu gerakbalas, semakin kukuh gerakbalas terlazim itu. Sebagai contohnya, apabila guru memberi pujian (rangsangan) setiap kali murid mendapat hasil yang baik (gerakbalas), maka gerakbalas itu dapat menghasilkan sesuatu yang baik dan berterusan.
Sebaliknya, penghapusan boleh berlaku jika peneguhan tidak diberikan. Ini bermakna, sekiranya sesuatu tingkahlaku tidak diperkukuhkan melalui ganjaran, tingkahlaku itu mungkin akan terhapus begitu sahaja. Seperti contoh diatas, jikalau guru tidak memberikan ransangan dan peneguhan kepada murid, lama-lama nanti murid tidak akan percaya dan berharap pada guru lagi maka berlakulah proses penghapusan. Konsep pemulihan serta-merta juga dapat membantu seseorang guru meningkatkan keberkesanan pembelajaran.
ANALISIS TEORI PELAZIMAN KLASIK IVAN PAVLOV MENGIKUT TEKNIK SWOT
1. KEKUATAN (STRENGTH)
Kekuatan yang terdapat dalam Teori Pelaziman Klasik Ivan Pavlov ialah teori ini menggunakan kaedah pelaziman dalam sesuatu perkara. Berdasarkan eksperiment yang telah dilakukan oleh Pavlov iaitu Eksperiment terhadap seekor anjing, beliau telah memberikan makanan kepada anjing sebagai ransangan tidak terlazim dan loceng sebagai rangsangan neutral. Seterusnya, apabila Pavlov membunyikan loceng, dan walaupun tiada terdapat sebarang makanan, anjing tetap akan mengeluarkan air liur.
Di samping itu, kekuatan yang terdapat dalam teori pelaziman klasik ini ialah terdapat 3 konsep penting iaitu generalisasi, diskriminasi dan penghapusan. Dalam generalisasi, rangsangan yang sama akan menghasilkan tindak balas yang sama. Sebagai contohnya, Awi tidak minat dalam mata pelajaran mathematik. Setiap kali ujian, Awi berasa amat gementar dan tertekan terhadap ujian mathematik. Tindak balas Awi ini turut wujud dalam mata pelajaran Mathematik Tambahan. Oleh itu, dalam situasi di atas, Awi telah mengalami generalisasi kepada mata pelajaran yang lain.
Kekuatan ketiga pula pada diskriminasi. Diskriminasi hanya akan berlaku apabila individu bertindak balas terhadap sesuatu rangsangan yang tertentu sahaja dan tidak pada ransangan yang lain. Sebagai contohnya, dalam kes Awi tadi, Awi tidak akan memberikan sebarang rangsangan terhadap mata pelajaran selain daripada mathematik. Hal ini disebabkan mata pelajaran lain tiada terdapat sebarang kaitan dengan mathematik.
Tambahan pula, terdapat konsep penghapusan dalam teori ini. Penghapusan hanya akan berlaku apabila rangsangan terlazim yang tidak disertai dengan rangsangan tidak terlazim. Sebagai contohnya, bunyi loceng sering kali dibunyikan tetapi makanan tidak disediakan. Dalam hal ini, lama kelamaan bunyi loceng tadi tidak akan merangsang untuk mengeluarkan air liur lagi. Semasa guru implikasikan teori pelaziman ini dalam kelas, jikalau guru tidak memberikan sebarang peneguhan terhadap rangsangan yang telah diberikan tersebut, lama kelamaan akan wujud penghapusan.
2. KELEMAHAN (WEAKNESS)
Melalui teori pelaziman yang telah diperkenalkan oleh Pavlov ini, antara kekurangan yang terdapat dalam teori ini ialah murid-murid hanya akan memberikan tindak balas apabila terdapatnye rangsangan. Sebagai contohnya, guru A sering kali memberikan rangsangan kepada murid untuk mendapatkan tindak balas murid yang positif. Murid-murid semua telah mengalami proses pelaziman dan sentiasa memberikan kerjasama yang baik dengan guru A. Untuk guru B pula, dia tidak mengamalkan teori pelaziman ini sebagai amalan dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, murid amat jarang untuk mematuhi serta memberikan gerak balas yang baik semasa dalam kelas. Hal ini disebabkan tiada pelaziman dan rangsangan yang dikaitkan antara guru dengan murid.
Selain itu, kelemahan yang terdapat dalam teori pelaziman ini ialah pelaziman memerlukan masa yang panjang. Dalam teori ini, pelaziman dapat diwujudkan hanya dengan pengulangan latihan yang banyak kali. Hal ini disebabkan pelaziman hanya akan wujud setelah latihan yang berterusan dalam suatu tempoh masa yang telah ditetapkan. Sebagai contohnya, dalam mengamalkan sesuatu pelaziman, guru harus memberikan latihan sehingga wujudnya pelaziman.
3. PELUANG (OPPORTUNITY)
Antara peluang yang terdapat dalam teori pelaziman ini ialah guru boleh menggunakan pelaziman ini dalam sesi pengajaran dan pembelajaran semasa dalam kelas. Dengan rangsangan dan gerak balas yang positif, maka sesi pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas dapat dijalankan dengan lebih teratur dan sempurna. Dari segi pengawalan kelas pula, guru dapat mengawal murid-murid dengan memberikan rangsangan dan murid akan memberikan tindak balas yang sepatutnya. Dengan kaedah ini, guru dapat mengawal tindak balas serta tingkahlaku murid dengan mudah. Murid-murid turut akan berkerjasama dengan guru semasa sesi pembelajaran.
Selain itu, dengan kaedah pelaziman ini guru turut dapat lebih memahami tingkahlaku seseorang murid. Teguran yang berunsur positif harus diberikan kepada murid apabila mereka melakukan tindakan yang negatif. Sebaliknya, rangsangan yang positif serta gerak balas yang positif pula harus diterapkan dalam diri murid-murid. Sebagai contohnya, dalam kes Awi yang telah disebut di atas tadi, guru telah memahami situasi bahawa Awi tidak suka pada mata pelajaran mathematik. Oleh itu, guru boleh mengimplikasikan konsep penghapusan serta membantu murid tersebut untuk mengatasi masalah itu.
Disamping itu, antara peluang yang boleh guru implikasikan sebelum mulanya sesi pengajaran dan pembelajaran ialah pelaziman yang memerlukan murid senyap sebagai gerak balas terlazim. Kesediaan murid sebelum mulanya sesi pembelajaran adalah adalah begitu penting. Perkara ini merupakan perkara yang paling utama kerana jika mereka bersedia, maka gerak balas yang positif akan dihasilkan. Dengan gerak balas yang positif dihasilkan, maka objektif dan tujuan sesi pengajaran adalah tercapai.
Tambahan pula, guru juga perlu memainkan peranan dengan menjalankan aktiviti yang lebih menarik dan menyeronokkan untuk menguatkan hubungan antara rangsangan dan gerak balas bagi seseorang murid. Disebabkan oleh teori ini memberi penekanan terhadap tingkah laku kanak-kanak, maka aktiviti yang menarik akan mendorong murid untuk terlibat aktif dalam aktiviti-aktiviti tersebut. Pembelajaran yang lebih berkesan akan dapat diwujudkan dengan penglibatan murid yang aktif.
4. ANCAMAN (THREAT)
Walau bagaimanapun, teori ini masih terdapat kekurangan dan kelemahannya. Antara kelemahannya ialah pelaziman haruslah melalui proses latihan serta pembelajaran dalam tempoh masa tertentu sebelum berlakunya proses pembelajaran. Kaedah ini memerlukan tempoh masa yang tertentu dan latihan supaya proses pembelajaran berlaku dan wujudnya gerak balas pelaziman.
Di samping itu, apabila murid berhadapan dengan pengalaman atau pelaziman yang menyakitkan, maka mereka akan bersifat ingkar ataupun berlari dari situasi tersebut. Jikalau rangsangan yang negatif diberikan kepada murid, maka murid turut akan memberikan gerak balas yang negatif juga. Sebagai contohnya jika guru memberikan hukuman apabila murid tidak menyiapkan kerja sekolah, maka murid turut akan memberikan gerak balas yang negatif seperti menangis ataupun tidak ingin masuk ke kelas guru tersebut. Oleh hal yang demikian, guru haruslah sentiasa memberikan sokongan dan motivasi kepada murid supaya murid dapat menghasilkan gerak balas yang positif. Tambahan pula, masih terdapat 3 konsep yang boleh mengurangkan serta membantu dalam mengatasi masalah-masalah yang telah wujud.