Pengasas Teori Pelaziman Klasik
- 1878 – Telah dilahirkan di Greenville, South Carolina.
- 1891 - Ayahnya, Pickens Watson, telah meninggalkan keluarga dan menyebabkan keluarga Watson miskin sejak kecil.
- 1899 - Tamat pengajian di Furman University.
- 1901 - Mengambil major dalam psikologi dan minor dalam falsafah serta neurologi di University of Chicago. Beliau telah mengahwini isterinya yang bernama Mary Ikes.
- 1903 - Menerima ijazah kedoktoran di University of Chicago.
- 1905 - Anaknya, Mary, telah dilahirkan. Pada tahun yang sama, beliau telah mendaftar di John Hopkins University.
- 1906 - Bekerja sebagai pensyarah di University of Chicago
- 1907 - Bekerja sebagai profesor psikologi di John Hopkins University. Watson merupakan orang yang pertama menemui teori Behaviorism.
- 1913 - Memberi ceramah dan menghasilkan artikel yang berjudul "Psychology as the Behaviorist Views It."
- 1914 - Watson telah menerbitkan Behavior : An Introduction to Comparative Psychology.
- 1915 - Menjadi Presiden American Psychological Association.
- 1916 - Memulakan pengajian tentang mental. Bekerja dengan syarikat pengiklanan di J Walter Thompson Agency.
- 1919 - Menerbitkan Psychology from the Standpoint of a Behaviorists.
- 1920 - Berhenti dari John Hopkins University. Menghasilkan "Little Albert" Experiment. Lebih focus kepada pengiklanan.
- 1924 - Menjadi duta di Watson J Walter Thompson Agency. Menghasilkan Behaviorism.
- 1928 - Menghasilkan Psychological Care of Infant and Child.
- 1945 - Bersara dari William Esty Agency.
- 1958 - Meninggal dunia.
- Watson merupakan seorang ahli psikologi di Amerika Syarikat.
- Merupakan orang yang pertama mencipta istilah behaviorisme untuk menghuraikan tingkah laku manusia.
- Kajiannya banyak dipengaruhi oleh Teori Pelaziman Klasik Pavlov.
- Mengkaji tentang fungsi dan teori psikologikal
- Bereksperimen dengan haiwan bersama Angell. Mengkaji tingkah laku tikus dan monyet.
- Mengkaji tentang neurologi bersama Henry Herbert Donaldson.
- Jaques Loeb seorang ahli biologi yang mempengaruhi beliau tentang objektif psikologi.
- Mengkaji tentang tingkah laku haiwan
Gambar J. B. Watson
Eksperimen Little Albert
Sebagai rumusan,
Tetapi setelah itu, apabila berlanjutan, Albert turut takut terhadap apa sahaja yang berbulu dan berwarna putih.
Selain itu, turut boleh dikatakan bahawa Watson dan Rayner telah menunjukkan pelaziman klasik boleh menyebabkan fobia (ketakutan yang kurang rasional terhadap sesuatu situasi yang merbahaya).
Gambar Albert Diberikan Seekor Tikus Putih
Eksperiment tahap 1 (9 bulan)
Albert B diberikan tikus putih, arnab, monyet, anjing dan beberapa topeng yang berbeza-beza.
Reaksi Albert adalah seronok dan selesa.
Gambar Watson Tunjukan Topeng pada Tahap 2
Eksperiment tahap 2 (11 bulan)
- Albert sekali lagi ditunjuk tikus putih, arnab, monyet, anjing dan beberapa topeng yang berbeza-beza.
Suara kuat telah dihasilkan dengan batang paip besi dan pemukul.
Bunyi yang mendadak menyebabkan Albert menangis.
Keadaan ini berulang-ulangan selama seminggu.
Albert berasa takut dengan benda yang berbulu putih walaupun itu merupakan topeng Santa Claus
Eksperiment tahap 3 (11 bulan dan seminggu)
Albert diberikan lagi tikus putih, arnab, monyet, anjing dan beberapa topeng yang berbeza-beza.
Reaksi Albert tetap menangis dan takut walaupun tanpa sebarang bunyi dihasilkan.
Akibat dari perkaitan ini, maka hasil gerak balas takut yang dimanifestasi melalui tangisan.
Gerakbalas Semulajadi
Bunyi kuat (Rangsangan Tidak Terlazim)-->ketakutan (Gerak balas Tidak Terlazim)
Proses Berpasangan
Tikus (Rangsangan Neutral)+ Bunyi kuat (Rangsangan Tidak Terlazim)-->ketakutan (Gerak balas Terlazim)
Berlakunya Pembelajaran
Tikus (Rangsangan Terlazim) -->ketakutan (Gerak balas Terlazim)
Proses Pelaziman
- Prinsip Pembelajaran yang dikemukakan oleh Watson.
- Watson menyarankan guru boleh mempengaruhi pembelajaran pelajar dengan mengadakan rangsangan yang dapat menghasilkan tindak balas yang positif.
- Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru seharusnya memilih rangsangan yang menyeronokkan.
- Pembelajaran merupakan proses cuba-jaya (trial and error) atau memilih dan menghubungkait (selecting and connecting).
- Eksperimen ini merupakan asas pendedahan kepada pelaziman operan Skinner.
IMPLIKASI TEORI PELAZIMAN J. B. WATSON DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.
Guru dapat memastikan serta memberikan rangsangan tidak terlazim supaya murid dapat menghasilkan gerak balas terlazim. Sebagai contohnya, guru dapat menggunakan teknik pelaziman ini dalam pengawalan kelas. Guru memberikan rangsangan tidak terlazim iaitu tepuk tangan manakala murid pula memberikan gerak balas tidak terlazim untuk senyap dan duduk di tempat masing-masing. Oleh itu, semasa dalam kelas, apabila guru tepuk tangan, murid-murid akan menjadi senyap dan duduk di tempay masing-masing.
Selain itu, guru turut harus sentiasa sedar akan rangsangan tidak berlazim yang diberikan kepada murid. Jikalau rangsangan yang telah diberikan tiada peneguhan, murid akan biasa dengan rangsangan maka akan berlaku proses penghapusan. Setelah murid telah berlaku proses penghapusan guru haruslah berlatih semula rangsangan serta gerak balas untuk mendapatkan pelaziman.
Rangsangan dan gerak balas yang diberikan harusnya sentiasa berunsur positif. Terapkan nilai-nilai murni dalam diri murid-murid. Guru-guru dapat pelbagaikan pengukuhan positif yang digunakan agar dapat mengekalkan keberkesanannya.
Disamping itu, tabiat serta amalan yang baik boleh diamalkan dengan proses pelaziman. Sebagai contohnya, apabila murid berjumpa dengan guru (rangsangan) murid-murid haruslah tunduk serta memberikan salam kepada guru. Amalan sebegini boleh diamalkan dalam kehidupan seharian murid-murid di sekolah mahupun semasa di rumah.
Dengan teori pelaziman ini, guru turut dapat meningkatkan tahap pembelajaran dan pencapaian murid dengan rangsangan yang bersesuaian. Guru dapat memanipulasikan pelaziman murid dalam kelas dan mengadakan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih aktif dan menarik. Dengan pelaziman juga, guru dapat mengawal kelas dengan baik dan teratur.
ANALISIS TEORI PELAZIMAN KLASIK JOHN BROADUS WATSON MENGIKUT TEKNIK SWOT
1. KEKUATAN (STRENGTH)
Kekuatan yang terdapat dalam Teori Pelaziman Klasik J. B. Watson ialah teori ini menggunakan kaedah pelaziman dalam sesuatu perkara. Berdasarkan eksperiment yang telah dilakukan oleh Watson iaitu Eksperiment Little Albert yang terkenal tersebut, beliau telah menjalankan eksperiment terhap Albert yang berumur 9 bulan sahaja. Dalam eksperiment tersebut, beliau telah mengadakan proses pelaziman pada Albert iaitu menghasilkan bunyi yang kuat semasa ditunjukan tikus putih. Setelah berlakunya pembelajaran, Albert telah mengaitkan tikus putih dan segala benda yang berbulu putih dengan bunyi yang kuat serta menyebabkan ketakutan.
Di samping itu, kekuatan yang terdapat dalam teori pelaziman Watson ini ialah gerak balas dapat dihasilkan dengan hanya memberikan rangsangan yang bersesuaian. Berdasarkan rangsangan yang diberikan tersebut, murid akan dapat memberikan gerak balas pelaziman. Sebagai contohnya, guru akan memberikan hadiah kecil sebagai ganjaran (rangsangan) kepada murid apabila mendapat keputusan yang baik dalam ujian, murid akan berusaha sedaya upaya (gerakbalas) untuk mendapatkan hadiah tersebut.
2. KELEMAHAN (WEAKNESS)
Melalui teori pelaziman yang telah diperkenalkan oleh Watson ini, telah wujud banyak isu yang timbul. Antara isu yang telah timbul ialah Watson dan penolongnya Rayner telah menyentuh etika penyelidikan. Mereka telah menjalankan eksperiment tersebut semasa Albert hanya berumur 9 bulan sahaja semasa eksperiment pertama diadakan.
Tambahan pula, eksperiment ini telah dilakukan tanpa pengetahuan ibu bapa Albert. Ini telah melanggar etika berkaitan dengan informal consent yang perlu diperoleh daripada subjek kajian atau ibubapa/penjaga bagi kes bayi dan kanak-kanak sebelum satu-satu kajian dijalankan.
Disamping itu, dari segi kelengkapan makmal, adalah didapati kurang kelengkapan yang diperlukan. Adalah kurang beretika bagi penyelidik menghasilkan gerak balas takut melainkan dalam kes di mana subjek kajian telah diberikan kebenaran. Sekiranya berlaku sebarang kemalangan dan kecelakaan, adalah tanggungjawab penyelidik untuk menamatkan kajian.
Selain itu, kelemahan yang terdapat dalam teori ini ialah proses pembelajaran pelaziman memerlukan masa yang panjang. Dalam teori ini, pelaziman dapat diwujudkan hanya dengan pengulangan latihan. Hal ini disebabkan pelaziman hanya akan wujud setelah latihan yang berterusan dalam suatu tempoh masa yang telah ditetapkan. Sebagai contohnya, dalam mengamalkan sesuatu pelaziman, guru harus memberikan latihan sehingga wujudnya pelaziman.
Tambahan pula, pelaziman tetap akan berlanjutan sehingga terdapat disentisasi bersistematik ataupun kaedah lain yang menghilangkan pelaziman tersebut.. Setelah wujudnya pelaziman, pelaziman tersebut akan berlanjutan selamanya. Sebagai contohnya, jikalau murid telah mempunyai pelaziman yang negatif, adalah amat susah untuk menghilangkan pelaziman ini jikalau tanpa sebarang tindakan pemulihan diambil.
3. PELUANG (OPPORTUNITY)
Antara peluang yang terdapat dalam teori pelaziman ini ialah guru boleh menggunakan pelaziman ini dalam sesi pengajaran dan pembelajaran semasa dalam kelas. Dengan rangsangan dan gerak balas yang positif, maka sesi pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas dapat dijalankan dengan lebih terancang dan teratur. Dari segi pengawalan kelas pula, guru dapat mengawal murid-murid dengan memberikan ransangan dan murid akan memberikan tindak balas yang sepatutnya. Dengan kaedah ini, guru dapat mengawal tindak balas serta tingkahlaku murid dengan mudah.
Selain itu, dengan kaedah pelaziman ini guru turut boleh lebih memahami tingkahlaku seseorang murid. Teguran harus diberikan kepada murid apabila mereka melakukan tindakan yang negatif. Manakala rangsangan yang positif serta gerak balas yang positif pula harus diterapkan dalam diri murid-murid.
Disamping itu, antara peluang yang boleh guru implikasikan sebelum mulanya sesi pengajaran dan pembelajaran ialah pelaziman yang memerlukan murid senyap sebagai gerak balas terlazim. Kesediaan murid sebelum mulanya sesi pembelajaran adalah adalah begitu penting. Perkara ini merupakan perkara yang paling utama kerana jika mereka bersedia, maka gerak balas yang positif akan dihasilkan. Dengan gerak balas yang positif dihasilkan, maka objektif dan tujuan sesi pengajaran adalah tercapai.
Tambahan pula, guru juga perlu memainkan peranan dengan menjalankan aktiviti yang lebih menarik dan menyeronokkan untuk menguatkan hubungan antara ransangan dan gerak balas bagi seseorang murid. Disebabkan oleh teori ini memberi penekanan terhadap tingkah laku kanak-kanak, maka aktiviti yang menarik akan mendorong murid untuk terlibat aktif dalam aktiviti-aktiviti tersebut. Pembelajaran yang lebih berkesan akan dapat diwujudkan dengan penglibatan murid yang aktif.
4. ANCAMAN (THREAT)
Walau bagaimanapun, teori ini turut terdapat kekurangan dan kelemahannya. Antara kelemahannya ialah pelaziman haruslah melalui proses latihan serta pembelajaran dalam tempoh masa tertentu sebelum berlakunya proses pembelajaran. Kaedah ini memerlukan tempoh masa yang tertentu supaya proses pembelajaran berlaku dan wujunya gerak balas pelaziman.
Di samping itu, apabila murid berhadapan dengan pengalaman atau pelaziman yang menyakitkan, maka mereka akan bersifat ingkar ataupun berlari dari situasi tersebut. Jikalau rangsangan yang negatif diberikan kepada murid, maka murid turut akan memberikan gerak balas yang negatif juga. Sebagai contohn jika guru memberikan hukuman sebagai hukuman tidak menyiapkan kerja sekolah, maka murid turut akan memberikan gerak balas yang negatif seperti menangis ataupun tidak ingin masuk ke kelas tersebut. Oleh hal yang demikian, guru haruslah sentiasa memberikan sokongan dan motivasi kepada murid supaya murid dapat menghasilkan gerak balas yang positif.